Blog IBU HAMIL Rotating Header Image

Hukum Azan & Iqamat (Menurut Islam)

Azan & Iqamat

Azan & Iqamat

Adalah disunatkan azan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri bagi bayi yang baru dilahirkan secara sederhana laungannya. Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.
(Riwayat at-Tarmizi).

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
(Riwayat al-Baihaqi).

Antara hikmah daripada azan dan iqamah ini adalah supaya perkara pertama yang didengari oleh bayi tersebut ialah kebesaran Allah Taala serta kalimah tauhid dan syahadah dll.




Suka di sini saya tegaskan sekali lagi bahawa beramal dengan hadis dhoif pada perkara-perkara yang bukan melibatkan akidah dan halal haram dll adalah dibolehkan. Ini terbukti dengan perbuatan dan pengamalan ulama-ulama kita terhadap hadis-hadis dhoif. Imam Hambali pernah mengatakan: Aku lebih suka mengikut hadis dhoif dari mengikut qias ulama.

Berkenaan dengan penolakkan terhadap amalan-amalan pada fadilat-fadilat hadis dhoif ini – di sana wujud satu kumpulan yang cuba mengharamkan penggunaan hadis dhoif secara terus. Ini bersalahan sama sekali dengan pegangan ulama-ulama kita yang membolehkan beramal dengan hadis dhoif terhadap fadilat-fadilat amalannya.

Namun walaupun ada sesetengah ulama-ulama yang tidak menggunakan hadis dhoif dalam pengamalan mereka tetapi mereka tidak membantah dan tidak berkata bidah bagi sesiapa yang beramal dengan hadis dhoif dan mereka meraikannya. Secara peribadi saya cenderung untuk mengatakan bahawa beramal dengan hadis dhoif pada perkara-perkara yang dibenarkan amatlah bersesuaian. Kerana kemungkinan hadis dhoif hanya dhoif pada sanadnya sahaja akan tetapi tidak dhoif pada matannya.

Semoga penerangan peneranagan ringkas ini dapat difahami oleh saudari yang bertanya. Dan perbuatan saudari sekeluarga yang azan dan iqamah kedua-dua anak saudari adalah digalakkan. Lagipun ia adalah amalan-amalan yang baik. Semoga anak-anak saudari menjadi orang-orang yang soleh dan solehah pada satu masa nanti. InsyaAllah.

Google Tag Search Result:


Leave a Reply