Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Hipoglisemia Disebabkan Paras Gula Rendah Dalam Darah

6 Cara Mudah Merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:

  • Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  • Mengambil setengah tin minuman ringan
  • Mengambil dua sudu teh gula pasir
  • Makan snek yang manis
  • Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  • Makan gula-gula manis

Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Selalu juga pesakit diabetes dinasihatkan membawa gula-gula manis ke mana saja mereka pergi bagi sebagai persediaan jika mereka mengalami Hipoglisemia. Jika mengalami hipoglisemia, anda disarankan mencuba mana-mana cadangan di atas untuk rawatan segera. Jika simptom di atas dibiarkan berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk seperti sawan dan tidak sedarkan diri.

Kredit: http://mauceriasokmo.blogspot.com