Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Hipoglisemia Disebabkan Paras Gula Rendah Dalam Darah

10 Tanda anda mengalami Hipoglisemia

  • Merasa lapar
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan dan letih lesu
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Hilang fokus
  • Berpeluh dengan banyak
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas

*Jika simptom atas dibiarkan tanpa dirawat atau dipulihkan segera, berkemungkinan anda akan tidak sedarkan diri atau mengalami sawan.

Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat kencing manis, sulfonilurea atau insulin. Pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah.

Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Apabila kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan berlakunya hipoglisemia.