Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Hipoglisemia Disebabkan Paras Gula Rendah Dalam Darah

Business Woman Stress And Headache

Bagaimana Hipoglisemia boleh berlaku?

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini..Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  • Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  • Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  • Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.

Maksud paras gula rendah.

Hipoglisemia terjadi apabila paras gula rendah mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL). Walaubagaimanapun seringkali individu hanya merasa simptom apabila paras gula mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).