Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Tips Memilih Pakaian Semasa hamil

Pakaian Ibu Mengandung

Material Baju.

Terdapat seluar berpinggang getah, baju maxi, dress labuh dan seluar jeans yang sesuai untuk ibu mengandung. Ibu mengandung biasanya mempunyai tahap metabolism lebih tinggi daripada biasanya, anda akan merasa penat dan banyak berpeluh, oleh kerana itu pilihlah baju hamil dari bahan-bahan yang sejuk seperti kapas lebih selesa dipakai daripada bahan sintetik, bahan tenunan dan pakaian longgar juga akan membuat anda merasa sejuk maka tubuh anda akan terasa lebih hangat. Carilah baju yang dapat menutup perut anda sepenuhnya.

Kini juga telah banyak dijual seluar panjang bertali, baju kimono, baju tanpa pinggang dan jubah, memang semua itu bukan jenis baju hamil, namun cukup ideal untuk dikenakan saat dan selepas hamil.

Kasut

Berdiri terlalu lama juga akan membuat kaki anda tegang, jadi usahakan untuk duduk pada bila-bila pun anda sempat. Kehamilan boleh membuat keseimbangan anda menjadi kurang baik dan tubuh akan cenderung condong ke depan. Gunakan kasut bertumit rendah atau tanpa tumit, dan elakkan yang bertumit runcing, kerana mudah membuat jatuh.

Seluar dalam

Seluar dalam khusus untuk ibu hamil sebenarnya tidak terlalu diperlukan. Anda hanya membeli beberapa seluar dengan bahan yang selesa dipakai dan dengan saiz yang lebih besar.

Beberapa inspirasi fesyen untuk bakal mama

  1. Baju Kimono
  2. Jubah labuh longgar
  3. Kardigan Hamil
  4. Kemeja/T shirt
  5. Blaus polos
  6. Dres/Blaus bertali pinggang
  7. Dres labuh
  8. Seluar khusus untuk wanita hamil
  9. Skirt

Google Tag Search Result: