Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Denda RM43,000.00 Jika Pukul Isteri

Arab Dera Isteri

sekadar gambar hiasan

Riyadh: Arab Saudi akan menguatkuasakan undang-undang yang mengenakan hukuman denda sebanyak SR50,000 (RM43,000) bermula minggu depan ke atas suami yang memukul isteri mereka.

Rang undang-undang itu yang diluluskan minggu lalu turut memperuntukkan hukuman penjara antara sebulan hingga setahun bagi pesalah.

Ia bagaimanapun dilihat tidak akan menyelesaikan masalah penderaan yang dilakukan ibu bapa ke atas anak mereka.

Undang-undang terbaru itu juga masih tidak jelas sama ada akan merangkumi penghinaan secara lisan atau sekadar serangan fizikal.

Sumber media Saudi itu menyatakan mereka percaya hukuman bakal dikenakan kepada suami yang mendera isteri mereka berdasarkan laporan perubatan yang mengesahkan isteri itu dipukul.

Undang-undang yang didebatkan selama dua tahun itu diluluskan badan kehakiman berikutan peningkatan kes keganasan rumah tangga di negara itu dan kebanyakan lelaki yang terbabit dibebaskan kerana tiada peruntukan khas undang-undang untuk mendakwa mereka.

Ulama terkenal, Sheikh Ayed Al Qarni dalam nada bergurau berkata: “Kini kita mengetahui hukuman yang bakal dikenakan bagi suami yang memukul isteri tetapi apa pula hukuman bagi isteri yang memukul suami? Seorang lagi ulama, Sheikh Adel Al Kalbani pula menyatakan di laman Twitternya: “Nasihat saya, lebih baik kamu berkahwin lain daripada memukul isteri kamu dan dikenakan denda.” – Agensi