Blog IBU HAMIL Rotating Header Image

Kemandulan & Saluran Benih

Kemandulan oleh sebab kesekatan saluran fallopian

Saluran fallopian merupakan satu saluran penting dalam pembiakan. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan kemudiannya bercantum dengan ovum perempuan. Saluran ini tidak bertugas secara pasif malah ia bertindak secara aktif dengan saluran ini juga bertindak untuk menarik ovum dari ovari dengan daya tarikan kimo serta pergerakan rerambut pada dinding saluran tersebut.

Setelah percantuman benih lelaki dengan ovum berlaku serta menghasilkan satu embryo, saluran fallopian membekalkan bahan-bahan makanan serta menolong pergerakan embryo tersebut ke arah ruang rahim untuk menjalani proses ‘implantasi’.

Untuk menjayakan proses percantuman benih serta menghasilkan kehamilan, saluran fallopian perlu mempunyai bentuk normal. Jika sesuatu kelainan berlaku dan menyebabkan saluran itu tersekat atau tersumbat, maka tugas-tugas tersebut akan tergendala dan kehamilan akan gagal.

Sekatan di saluran fallopian disebabkan oleh beberapa perkara. Ia mungkin berlaku buat sementara sahaja kerana kuncupan (spasm), ataupun oleh sebab kesumbatan (blockage). Kuncupan atau ‘spasm’ seringkali terdapat di kalangan wanita yang sentiasa ‘nervous’ atau tegang suasana mentalnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika wanita itu sangat-sangat ingin hamil tetapi telah hampa mencapainya setelah beberapa tahun.

Kesumbatan saluran fallopian adalah lebih berat kerana ia merupakan suatu keadaan yang memerlukan rawatan khusus. Kesumbatan saluran boleh disebabkan oleh banyak perkara terutama penyakit jangkitan kuman. Jenis kuman yang sering menjangkit saluran fallopian ialah ‘gonorrhoea’, tibi dan kuman-kuman bakteria lain.

Jangkitan kuman ini seringkali didapati dari perhubungan seks terutamanya dari kalangan lelaki yang mengidap penyakit-penyakit tersebut. Jangkitan kuman mungkin juga berpunca dari appendix atau dari peraliran darah seperti penyakit tibi.

Kesumbatan saluran fallopian boleh juga timbul dari sesuatu penyakit tumbuhan dalam rahim atau ovari seperti tumbuhan ‘fibroid’ atau ‘endometriosis’. Beberapa jenis penyakit dalam rahim yang lain boleh menimbulkan kesumbatan saluran dan tidak perlu dinyatakan kesemuanya di sini.

Cara-cara untuk menguji ‘Patency’ Saluran Fallopian

Dalam penyiasatan kes mandul, penting bagi doktor untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak (ujian-ujian patency). Ujian-ujian ini boleh membezakan antara kesekatan yang disebabkan oleh kuncupan (spasm) dari kesumbatan (blockage).

Penilaian akan juga dilakukan untuk menentukan sama ada kesumbatan itu teruk atau tidak dan sama ada pembedahan untuk membetulkan kesumbatan boleh dilakukan atau tidak. Hakikat ini adalah penting apabila doktor menasihatkan penderita-penderita tentang pembedahan untuk membetulkan saluran fallopian.

(a)Insuflasi Saluran

Ujian ini dilakukan dengan meniup gas karbon dioksida ke dalam ruang rahim dan melalui saluran fallopian. Walaupun ujian ini boleh dilakkan tanpa bius, ia lebih sering dilakukan ke atas pesakit di bawah pengaruh bius. Ujian ini juga dilakukan serentak dengan D & Cdi mana secebis tisu dari  selaput endometrium diambil untuk dikaji.

Ujian ini dianggap kurang memuaskan untuk menentukan ‘patency’ saluran fallopian kerana ia bergantung ke atas paras tekanan gas yang ditiupkan. Paras tekanan C02 ini dicatatkan pada carta graf. Kuncupan saluran (spasm) boleh menimbulkan satu keputusan yang mengelirukan. Walaupun kurang tepat, ia masih digunakan oleh setengah doktor kerana ia mudah dilakukan dan tidak membahayakan penderita dan ia biasanya dilakukan sebagai ujian peringkat awal dalam penyiasatan kes-kes mandul.

(b)Hysterosalpingografi

Ini adalah satu ujian X-ray yang istimewa di mana sejenis cecair khas diinjekkan ke dalam ruang rahim melalui pangkal rahim. Kemudian gambar X-ray diambil dan dari gambar ini doktor akan dapat mempastikan sama ada ruang rahim itu normal atau tidak, ataupun tertutup.

Oleh kerana ujian ini melibatkan pancaran X-ray, adalah penting bagi seseorang pesakit yang akan menjalani pemeriksaan ini mengetahui tarikh keluaran haid yang terakhir untuk mengelakkan bahangan X-ray terhadap kehamilan yang mungkin telah wujud pada ketika itu. Pada keseluruhannya, ujian ini adalah memuaskan tetapi kadang-kala terdapat keputusan yang mungkin mengelirukan seperti juga yang berlaku pada ujian insuflasi saluran. Jika pembedahan untuk membetul saluran fallopian dirancangkan, ujian X-ray mestilah dilakukan sebelumnya.

(c)Laparoscopy

Ini adalah satu ujian yang dianggap terbaik dalam penyiasatan ke atas seseorang penderita mandul. Bukan sahaja ia boleh menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tertutup malah dengan ujian ini doktor dapat melihat dengan sendiri keadaan ovari, rahim dan juga alat-alat yang terlibat dalam proses pembiakan.

Dalam ujian ini pesakit perlu dimasukkan ke hospital selama 2 hari dan ubat bius diberikan. Satu alat teropong yang digelar ‘Laparoscope’ akan dimasukkan ke dalam ruang perut menerusi satu ‘incision’ di bawah pusat, setelah ruang itu diisi dengan gas karbon dioksida. Melalui teropong ini doktor dapat melihat dengan jelasnya semua perkakas-perkakas pembiakan. Ujian ini juga adalah sangat penting bagi menilai keadaan saluran fallopian sebelum doktor menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesumbatan yang mungkin berlaku pada saluran tersebut. Dalam ujian ini saluran fallopian itu terbuka cecair biru akan dapat dilihat dari teropong Laparoscope itu.

Rawatan Bagi Kesekatan Saluran Fallopian

 

 

Google Tag Search Result:


Leave a Reply