Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Cacing Sebabkan Berat Badan Anak Kurang

cacing dalam usus kanak-kanak

cacing dalam usus kanak-kanak

Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat, sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak kelenjar yang berulang-ulang.

Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi.

Dalam pada itu, pantau kesihatan anak dengan memberi rawatan ubat cacing.

Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan. Ada dalam bentuk cecair ataupun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan..

Ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-

  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  3. Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  4. Alahan terhadap makanan
  5. Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  6. Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  7. Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  8. Tiada selera makan, pucat,
  9. Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  10. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  11. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  12. Hiperaktif
  13. Sakit kepala
  14. Sensitif terhadap cahaya
  15. Gusi & hidung berdarah
  16. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

  1. Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan
  2. Cuci tangan selepas keluar tandas
  3. Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
  4. Pakai kasut apabila keluar rumah
  5. Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
  6. Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
  7. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
  8. Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
  9. Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole

Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa – 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun – 1/2 dos

* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !

Almex 400mg Vanilla Flavor Chewable Tablet
(Albendazole 400mg)
RM5/tablet

Family package 5 tablets for RM20 only!

Jenis-jenis cacing dan kesan sampingannya.

A) Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum’ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung

Bahayakan cacing ni, so dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubat cacing ni. Perlu ingat tau, walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil ubat cacing untuk kesihatan kita.

Kredit: http://nawarzara.blogspot.com | mediamalaya.com

Google Tag Search Result: