Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

5 Khasiat Makan Buah Kiwi Untuk Ibu Mengandung

Gambar Buah Kiwi

Tiga nutrien penting yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya adalah vitamin C, asid folik dan kalsium. Cara paling mudah untuk mendapatkan kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian. Antara yang paling baik adalah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.

Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut.

  1. Kekalkan sistem imuniti

Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

  1. Tinggi asid folik

Ia menjadikan buah ini terus ideal bagi wanita hamil kerana kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%. Kebanyakan kecacatan berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan. Oleh itu sekiranya merancang untuk hamil, mula makan buah kiwi secara teratur!

  1. Mengurangkan sembelit

Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Ia dapat mengelakkan kanser usus.

  1. Tidur nyenyak

Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kesihatan ibu sendiri. Kajian menunjukkan memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

  1. Merendahkan tekanan darah

Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Google Tag Search Result: