Blog IBU HAMIL Rotating Header Image

Panduan Membeli Bra Untuk Ibu Hamil

Pakaian dalam yang baik, turut memberi penampilan yang menarik. Terutama untuk ibu-ibu hamil. Apakah aspek penting yang perlu bagi ibu hamil tahu ketika membeli bra?

- Beli lebih dari satu
Sebaik-baiknya seorang ibu hamil haruslah memiliki lebih daripada 2 bra yang khusus ketika kehamilan bagi mengekalkan kesihatan. Bra ketika hamil tidak sama dengan bra pada waktu-waktu biasa. Ia dipengaruhi oleh saiz payudara yang sedikit berubah ketika kehamilan. Bra untuk menyusukan bayi juga jangan lupa untuk disediakan.

- Beli yang baik dan sesuai
Belilah pakaian yang anda rasa mampu dan bersesuaian dengan anda. Keselesaan anda menggunakannya mempengaruhi emosi anda. Lihat jenis fabrik bra adakah ia sesuai dengan anda atau tidak. Dapatkan khidmat nasihat jurujual bra bagi mendapatkan bra yang ideal dengan anda.

- Mengukur saiz cup
Tanda-tanda ukuran yang sesuai: Cup harus yang menutupi seluruh payudara, jangan ada celah. Jangan segan untuk mencuba bra yang akan anda beli. Inilah satu-satunya cara untuk memastikan apakah bra tersebut sesuai atau tidak. Anda tidak perlu terburu-buru.

- Bra tanpa dawai
Banyak kontroversi mengenai bra untuk wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi menggunakan bra yang berdawai. Beberapa pakar menyarankan agar wanita yang sedang menyusukan bayi sebaiknya memakai bra tanpa dawai. Ini kerana bra ini sedikit sebanyak menghalang pengaliran susu ibu dengan lancar.

Google Tag Search Result:


One Comment

  1. terima kasih atas panduan yng diberi..

Leave a Reply