Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Berhasrat Kahwin Namun Lemah Tenaga Batin


Soalan:
Bagaimanakah seorang lelaki yang tidak mempunyai tenaga batin dan berkeinginan untuk mendirikan rumahtangga?

Muhd Fisal, Hulu Langat

Jawapan:
Islam menggariskan kepada kita hukum-hukum nikah menurut kemampuan seseorang itu.  Fardhu hukumnya bagi mereka yang terlampau kuat kecenderungan kepada wanita hingga ia takut jika tidak berkahwin akan cenderung kepada zina. Wajib, hukumnya bagi mereka yang khuatir dirinya akan terjebak dengan perzinaan jika tidak berkahwin, sedang mereka mampu memenuhi segala keperluan perkahwinan dan bersikap adil terhadap bakal isteri.

Makruh, hukumnya bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan untuk berkahwin seperti tidak mempunyai  keinginan, tidak cukup untuk perbelanjaan atau kerana ada penyakit. Sunat, hukumnya bagi mereka yang berada dalam keadaan stabil tidak khuatir  ternoda dan terlibat dengan dosa dan zina. Haram hukumnya bagi mereka yang tidak mampu, baik dari segi material mahupun fizikal. Jadi jika anda tergolong orang yang lemah syahwat, maka haram hukumnya berkahwin. Sebab perkahwinan itu bukan perkongsian hidup dalam aspek material saja namun menyangkut aspek rohaniah. Adalah lebih baik anda berubat terlebih dahulu, jika kemampuan tenaga batin anda telah pulih, maka bolehlah anda teruskan niat anda ingin berumahtangga tersebut.

Leave a Reply