Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Soal Jawab – Belum Sedia Menimang Anak

No Baby

Soalan

Saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin bulan lalu. Saya ingin bertanya mengenai persetubuhan kerana kami suami isteri merancang untuk tidak mempunyai anak dalam masa dua tahun kerana pelbagai faktor.

Sewaktu penetrasi, adakah kebarangkalian air mani terkeluar sedikit walaupun tiada ejakulasi?

Kadangkala saya rasakan ejakulasi tetapi zakar masih menegang dan meneruskan penetrasi.

Adakah yang keluar itu air mani? Saya rasa apabila sudah mengendur, barulah air mani sudah keluar.

Apakah cara mengelakkan air mazi keluar tiba-tiba kerana saya perasan ada cecair pada seluar dalam sama ada sewaktu bercumbu dengan isteri atau pada keadaan tidak ghairah.

INGIN TAHU
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Anda dan pasangan merancang untuk menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dan kini mengelakkan kemungkinan mencapai kehamilan setiap kali anda dan pasangan berintiman.

Anda mudah teruja seks dan mudah menghasilkan air mazi. Ini perkara biasa untuk orang muda.

Didapati sperma juga ada dalam air mazi, iaitu ketika anda teruja seks dan ketika anda sedang bercumbuan dan ketika salurkan ereksi ke dalam faraj mengandungi sperma, walaupun bilangan sperma tidak banyak jika dibandingkan dengan sperma dalam air mani.

Jadi, ada kemungkinan isteri anda boleh hamil. Anda menyatakan terasa macam anda mencapai klimaks atau terasa ejakulasi.

Sudah tentu cecair yang keluar itu air mani dan mengandungi sperma.

Maka selama ini anda dan pasangan terdedah kepada kemungkinan mencapai kehamilan kerana tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga.

Anda dan pasangan perlu mendapatkan maklumat dan keterangan perancangan keluarga daripada doktor pengamal merancang keluarga.

Malah ada pelbagai maklumat mengenai merancang keluarga yang boleh dibaca menerusi Internet.

Saranan saya, lebih baik menggunakan kondom setiap kali melakukan seks.
Anda juga perlu tahu cara menggunakan kondom.

Selain itu pasangan anda boleh mengamalkannya pil hormon merancang keluarga atau mendapat suntikan hormon atau menggunakan susuk hormon dan pelbagai cara yang menjadi pilihan anda berdua.

Anda dan pasangan boleh pergi ke mana-mana klinik perancang keluarga LPPKN atau KKM atau Persatuan Merancang Keluarga terdekat atau dapatkan maklumat di mana-mana pengamal perubatan berdekatan.

Artikel Asal: Harian Metro | Gambar: nydailynews.com

Google Tag Search Result: