Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Bayi Tertelan Bebola Getah

KUANTAN: Seorang bayi berusia setahun tiga bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kelmarin, bagi mengeluarkan bebola agar-agar yang ditelannya.

Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin, tertelan dua bebola berkenaan yang diambil daripada pek makanan ringan pada 26 Oktober lalu, sebelum mengalami demam dan muntah serta tidak mampu makan serta minum.

Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata beliau menyedari Farhana tertelan bebola agar-agar namun tidak mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia tidak akan membawa kemudaratan.

“Namun dua hari kemudian anak saya mula muntah serta demam teruk malah suhu badannya mencecah sehingga 45 darjah Celcius selain tidak boleh makan atau minum.

“Saya kemudian memaklumkannya kepada suami Mohd Khairuddin Harun, 29, sebelum membawa bayi ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

“Pada malamnya, anak saya muntah sekali lagi dan kali ini mengeluarkan sebiji bebola bersaiz sebesar guli.

“Mengesyaki ada lagi bebola dalam perutnya, kami membawanya sekali lagi ke HTAA sebelum pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan sebiji lagi bebola,” katanya sambil berjanji akan lebih berhati-hati pada masa depan supaya kejadian sama tidak berulang.

Leave a Reply