Utama Artikel Bahaya Alat Kosmetik Kepada Bayi

Bahaya Alat Kosmetik Kepada Bayi

0 174

Semasa mengandung macam-macam kepercayan tentang amalam amalan yang kita ikut sebab kita mahukan anak dalam kandungan kita sempurna seperti orang lain. Ingat, bukan sahaja cara pemakanan dan amalan yang perlu kita jaga, tapi kita jugak perlu kawal penggunaan barangan kosmetik semasa mengandung ataupun ketika mempunyai anak anak yang masih kecil.

Sebuah kajian daripada sebuah junal, Pediatrics, Dr. Sheela Sathyanarayana dari Universiti Washington, baru baru ini menjelaskan bahawa sesetangah produk kosmetik ini mengandungi bahan-bahan kimia yang berpotensi dan sangat berbahaya disebut ftalat.

Sathyanarayana juga mengatakan bahawa mereka telah menemui peningkatan kandungan monoethyl phthalate (MEP),monomethyl phthalate dan monoisibuthyl phthalate (MIBP) dalam urin bayi kesan daripada penggunaan penggunaan lotion bayi, syampu bayi dan bedak bayi. Menurut para penyelidik, bayi muda kurang dari 8 bulan lebih berisiko untuk terkena kesan ini.

Apa Itu Ftalat?

Ftalat adalah sejenis kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik PVC pembungkus makanan dan digunakan untuk menstabilkan pewangi dan ditemui dalam beberapa produk pengguna lain termasuk mainan, produk penjagaan peribadi dan peralatan perubatan. Dan Ftalat ini juga digunakan dalam sesetengah bahan kosmetik wanita dan akan menjadi racun kepada bayi di dalam kandungan dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Paling sedih, bayi kita berisiko tinggi terkena kanser testis apabila mereka dewasa, jika ibu ibu mereka menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.

Mungkin kita semua tak sedar tentang bahaya ini, sebab sebelum ni tak pernah jadi apa apa pada kandungan dan anak anak kita.Walaupun, kesannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, kemungkinan untuk bayi kita mendapat kesan buruk ini di masa akan datang itu ada. Jadi apa salahnya kita berhati hati daripada menyesal kemudian hari.

 

Google Tag Search Result:

Kongsikan :

TIADA KOMEN

Tinggalkan Pesanan