MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat yang terbaik untuk membolehkan mereka membesar sebagai individu ceria, sihat dan mempunyai pelbagai kebolehan.
Oleh kerana pembelajaran bermula lebih awal daripada umur persekolahan, maka pembangunan awal dan pendidikan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman seseorang untuk membina kejayaan pada masa akan datang.
“Pada zaman ini, anak-anak terdedah kepada pelbagai rangsangan dan dalam hal ini, televisyen memainkan peranan yang amat besar. Kewujudan BabyTV sebagai alat berkualiti tinggi yang inovatif, direka dengan baik dan berorientasikan pendidikan, akan membantu ibu bapa ketika mereka belajar dan bermain dengan anak masing-masing,” katanya ketika majlis pelancaran program BabyTV terbitan Astro dan Fox International Channels (FIC) di Kompleks Penyayang Bakti, baru-baru ini.
Shahrizat turut berkongsi pengalaman ketika berada di Turki apabila beliau bertembung dengan satu keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak kecil.
“Tidak sangka anak-anak kecil sudah pandai menggunakan iPad. Memang zaman ini zaman teknologi, kita mempunyai banyak pilihan, kalau kita tidak mengikuti revolusi teknologi ini kita akan ketinggalan. Zaman banyak berubah tidak sama dengan dulu. Jadi lebih baik kita mempunyai satu saluran yang dituju khas untuk kanak-kanak.
“Suka atau tidak ini adalah peluang dan kalau ibu bapa tidak mengikutinya pasti anak akan ketinggalan,” jelasnya.
BabyTV menghidangkan episod jangka pendek yang meneroka tema pembelajaran awal dengan memberi penekanan terhadap interaksi antara ibu bapa dan anak mereka.
Program ini dikategorikan dalam sembilan tema Konsep Pertama, Alam Semula Jadi & Haiwan, Muzik & Seni, Imaginasi & Kreativiti, Pembinaan Persahabatan, Aktiviti, Teka-Teki, Lagu & Rima dan Cerita.
Ketua Pegawai Operasi, Measat Broadcast Network System, Henry Tan, berkata kandungan dan program saluran itu dihasilkan secara eksklusif oleh pakar pembangunan awal kanak-kanak.
Katanya, previu percuma saluran itu dapat ditonton oleh semua pelanggan Astro melalui Saluran 618 sehingga 30 September ini.
“Selepas tarikh itu, pelanggan yang berminat untuk terus menonton saluran berkenaan boleh melanggan BabyTV dengan bayaran RM5 sebulan,” katanya.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi, Asia Pasifik dan Timur Tengah, FIC Asia, Zubin Gandevia; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan ahli Majlis Penyelarasan Perlindungan Kanak-kanak, Prof Madya Datin Noor Azizah Mohd Awal.
Google Tag Search Result:
- kandungan sebulan (19)










bgsla pendidikan awal kanak2 ni..