Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

Soal Jawab: Normalkah Anak Tidur Berdengkur?

Anak Tidur Berdengkur

Soalan:

Saya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 5 tahun. Anak saya seorang yang aktif bermain dan kurang tidur pada waktu siang. Apabila waktu malam, dia juga tidur lewat malam. Apabila tidur saya dapati anak saya ini berdengkur. Saya amat risau dengan keadaan ini. Adakah situasi ini akan mengganggu perkembangan mental dan fizikalnya.

Jawapan:

Seorang kanak-kanak yang tidur berdengkur sepatutnya sihat dan cergas, tidak mengantuk pada siang harinya dan mempunyai corak tidur yang normal. Tetapi, sekiranya dengkuran ini diakibatkan oleh apnea tidur, ia boleh menyebabkan tidurnya terganggu, nafas terhenti, mendengus atau tercungap-cungap mencari oksigen ketika tidur. Selain itu, ia juga menyumbang kepada kencing malam dan lebih membimbangkan memberi kesan kepada kesediaan dan penerimaan pembelajarannya (otak) dan jantungnya. Apabila tidur malamnya terganggu (terutama disebabkan oleh apnea tidur) siang harinya anak akan menjadi letih dan lesu serta mengantuk.

Maka, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajarannya. Paras oksigen yang rendah juga memberi kesan kepada sistem saraf kanak-kanak dan menyebabkan tekanan kepada jantung mereka. Jadi anda perlu pastikan corak tidur dan dengkuran anak. Sila berjumpa doktor untuk melihat tahap dengkuran anak sekiranya kurang pasti. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar bedah telinga, hidung dan tekak untuk rawatan khusus. Untuk pengetahuan, kanak-kanak obesiti juga penyumbang kepada dengkuran kerana lemak yang terkumpul di leher. Apabila kanak-kanak itu baring, ia memberi tekanan pada tisu yang sedang berehat dan membuatkan saluran pernfasan menjadi semakin sempit.

Kredit: Malajah Pa & Ma