Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

7 Perkara Penting Semasa Membeli Kasut Anak Anda

1.  Bila harus membeli kasut pertama anak?

Pembelian kasut pertama sememangnya menjadi satu isu rumit bagi anak pertama. Namun, ianya bukanlah serumit yang disangka. Anak yang mula merangkak menunjukkan perkembanganya yang positif. Ini bermakna proses seterusnya adalah bertatih dan berjalan. Belilah kasut seawal dia mula belajar merangkak.

2. Beli kasut yang murah tapi berkualiti

Apabila menjelang jualan murah, maka masa inilah untuk kita membeli barangan anak seperti kasut yang lebih berkualiti dan mahal. Jika kita membeli semasa harga biasa, agak rugi kerana faktor pembesaran anak agak cepat dan kasut yang dibeli mungkin dapat dipakai dalam masa yang singkat. Perlu diingat, kualiti kasut yang rendah kadang-kadang menyebabkan ruam pada kaki anak-anak.

3. Ukur saiz kasut di  kedua-dua belah kaki

Mungkin ada yang tidak perasan, bahawa saiz kaki anak ada yang tidak sama besar. Oleh itu, belilah saiz kasut pada kaki yang bersaiz lebih besar. Kalau boleh ambil saiz kasut semasa anak berdiri dan berstoking. Jika diambil tanpa stoking, kemungkinan anak tidak selesa pula nanti.

4. Pilih kasut yang jenis lembut dan tapaknya mudah lentur dan mencengkam

Kasut yang lembut di dalamnya memberi keselesaan pada anak-anak. Ini kerana kulit anak-anak adalah lembut dan mudah melecet bila terkena tekstur kasut yang kasar. Tapak kasut anak yang licin apabila memijak permukaan lantai yang basah akan membahayakan anak-anak. Tapak kasut yang lembut dan mencengkam sedikit sebanyak mampu mengelakkan anak dari terjatuh dan tercedera.

5. Elakkan kasut runcing dan bertumit tinggi

Kasut yang tidak sesuai dengan anak menyebabkan pembesaran kaki anak akan terganggu. Pada masa ini, memang tidak sesuai untuk mereka menggunakan kasut yang runcing dan bertumit tinggi. Dari segi keselamatan, memang tinggi risikonya terjatuh atau tersadung ketika berjalan.

6. Pilih kasut yang mudah dibuka.

Apabila anak sudah semakin membesar, mereka akan faham arahan yang diberikan. Ajarlah anak membuka kasut, menyimpannya ke rak. Oleh itu, belilah kasut anak yang mudah dibuka dan dipakaikan oleh anak sendiri.

7. Beli kasut anak yang senang dicuci.

Anak-anak yang membesar memang kuat bermain. Apabila pandai sahaja berjalan, pasti mereka akan melangkah dan terus melangkah. dari segi kebersihan, kasut yang kotor mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman pada kulit anak-anak. Selain kaki berbau, kasut yang kotor mencerminkan imej yang buruk kepada ibu bapa mereka.

Leave a Reply