Utama Petua Tips 6 Cara Menghadapi Pasangan Curang

6 Cara Menghadapi Pasangan Curang

0 866

Jangan buat tuduhan sebelum anda jumpa bukti kecurangan.
Andaian pasangan ada hubungan sulit, mungkin salah. Anda mungkin terfikir atau hanya serkap jarang bahawa suami atau isteri menipu. Gincu pada baju suami, jumpa nombor telefon tidak dikenali, masih belum cukup dijadikan bukti. Jangan terus buat kesimpulan, menuding jari dan memusnahkan kepercayaan. Jangan sentiasa mempersoalkan kesetiaan pasangan mereka.

Bercakap dengan pasangan anda mengenai syak wasangka itu:
Mula-mula bertenang, rasional dan profesional. Bangkitkan isu dengan cara tidak menyinggung perasaan hingga mereka bertindak mempertahankan perbuatannya. Dengarnya macam ganjil tetapi anda mahu pasangan boleh terima teguran itu. Ini adalah sangat penting jika ingin cuba menyelamatkan perkahwinan anda.

[wp-like-locker]

Upah pengintip:
Jika anda merasa pasangan tidak jujur, alternatif lain cari pakar yang lebih profesional untuk mengintip suami sebagai bahan bukti seperti rakam gambar atau video aktivitinya.Jangan anda sendiri mengekori pasangan. Anda mungkin terdedah kepada risiko jika berlaku perkara tidak diingini. Sewa penyiasat persendirian yang dapat mengesahkan kebimbangan anda. Semua keterangan penting untuk bahan bukti jika antara pasangan ingin memfailkan perceraian sebagai jalan terakhir.

Dapatkan nasihat peguam:
Selepas disahkan pasangan menipu dan anda mengambil keputusan bercerai, maka berunding peguam yang boleh memberi nasihat dari segi undang-undang dan langkah seterusnya apa perlu dilakukan. Ikut nasihat peguam dan jangan babitkan diri dalam konflik dengan pasangan anda.

Sistem Sokongan
Hubungan sulit dalam perkahwinan adalah satu tamparan emosi untuk hidup anda. Dalam keadaan ini keluarga terdekat dan teman rapat adalah insan paling tepat berkongsi masalah bagi meredakan tekanan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif.

[/wp-like-locker]

 

Jangan salahkan diri sendiri:
Perkara biasa anda mempersoalkan diri dan peranan sepanjang berkongsi hidup. Anda akan tertanya-tanya apakah salah anda hingga menyebabkan pasangan curang. Mungkin juga rasa anda tidak cukup intim, keraguan tentang nilai sebagai isteri atau suami dan sebagainya. Yang penting, dalam keadaan ini, jaga harga diri dan emosi. Bertindak dengan lebih profesional.

Google Tag Search Result:

Kongsikan :

TIADA KOMEN

Tinggalkan Pesanan