Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

5 Tips Mengurangkan Berat Badan Dalam Bulan Puasa

Masalah Kegemukan
Ramai orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan akan menyatakan bahawa mengurangkan berat badan adalah tidak mudah. Ini sememangnya benar sekiranya mereka tidak membuat apa-apa aktiviti yang menjurus kepada pengurangkan berat badan. Bulan puasa ini merupakan bulan yang paling strategik untuk mengurang berat badan. Di sini ada 5 tips untuk mengurangkan berat badan dalam bulan puasa ini.
1. Minum Air Yang Secukupnya

Badan kita mengandungi kira-kira 65-70% air. Air bukan sahaja penting, malah ia juga membantu dalam proses penghadaman dalam perut. Pengambilan Air yang secukupnya ketika berbuka puasa dan sahur boleh mengatasi masalah penghidratan masa puasa nanti. Pada masa berbuka, minumlah segelas air terlebih dahulu sebelum menjamu selera, kerana ia akan mengurangkan jumlah makanan yang akan diambil.

2. Mengunyah Makanan Dengan perlahan

Mengunyah makanan dengan perlahan merupakan suatu perkara baik yang sering dilupakan. Ia akan menghancurkan makanan dengan lebih baik dan membantu proses penghadaman, di samping boleh menikmati hidangan. Mengunyah secara perlahan adalah langkah pertama yang sangat penting dalam sistem penghadaman. Selain itu, sekiranya mengunyah denganperlahan, kita mungkin akan berasa kenyang sebelum semua makanan habis dimakan dan ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

3. Bersenam Sebelum Berbuka

Bersenam tidak semestinya berjoging atau membuat aktiviti yang berat. Cukup sekadar berjalan kaki selama 20-30 minit setiap kali sebelum berbuka. Ini boleh dilakukan sewaktu memilih juadah di Bazar Ramadan, ataupun berjalan sambil membersihkan kawasan rumah. Jadikannya sebagai rutin harian dan anda akan terkejut melihat kesannya.

4. Jangan lebih makan

Berhenti makan apabila Kenyang. Ramai orang seringkali berfikiran untuk mahu menghabiskan semua makanan supaya ia tidak dibazirkan begitu saja. Simpan dalam fikiran, makan banyak, berat badan pun akan bertambah dengan banyak.

5. Pilih juadah anda dengan bijak

Ayam goreng, Kari Kepala Ikan, martabak, Kuih pisang Atupun Ulam, sayur-sayuran, buah-buahan dan snek. Anda perlu membuat keputusan yang tepat, saya tahu anda boleh melakukannya

kredit: www.khaiangel.com

Google Tag Search Result: