Button Text! Submit original article and get paid. Find out More

10 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Dalam Memahami Anak

Pengalaman menjadi ibubapa adalah pengalaman yang sangat unik.Apatah lagi jika anda kurang mampu menjalin hubungan yang harmonis dengan anak remaja anda.Ada kalanya anda bermusuhan dengan anak anda kerana sesuatu yang sering kali kita sebut ‘perbezaan generasi’.Kunci untuk hubungan yang harmonis dengan anak anda berada pada kemampuan anda untuk memahami mereka. Cubalah sepuluh tips berikut dalam memahami dan berhadapan dengan anak remaja anda.
1. Buatlah batas yang jelas di antara peranan anda sebagai ibubapa dan sebagai teman
Selain menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak, anda juga boleh menjadi teman bagi mereka. Namun anda perlu membezakan kedua-dua peranan tersebut ; menjadi ibubapa dan pada masa yang sama menjadi teman mereka. Seorang teman, akan memiliki kecenderungan untuk bergaul dengan lebih mesra atau kelihatan keanak-anakan ketika berinteraksi dengan akan-anak anda.Namun sebagai ibubapa, anda dilihat sebagai rol model yang membawa imej seorang dewasa yang matang dan rasional oleh anak-anak.Anda boleh saling memainkan kedua-dua peranan ini ketika berinteraksi dengan mereka mengikut kesesuaian masa dan tempat.Hal ini penting untuk memupuk rasa akrab dan hormat anak-anak terhadap ibubapa.
2. Tunjukkan keterlibatan anda
Merasa terlalu sibuk dengan pekerjaan dan jarang menghabiskan waktu dengan anak-anak anda?Mungkin sekarang masanya untuk terlibat dalam kehidupan mereka.Habiskan waktu bersama mereka setiap kali anda memiliki waktu lapang.Cubalah mencari informasi mengenai kehidupan, fikiran dan perasaananak andaagarmereka senang dan mudah untuk mendekati anda ketika mereka dilanda masalah.
3. Didiklah mereka agar menjadi seorang yang bertanggungjawab
Sebagai ibubapa, anda bertanggungjawab dalam menyiapkan anak anda untuk menghadapi kehidupan ketika mereka beranjak dewasa nanti.Ajarlah mereka, bahawa apabila mereka menginginkan sesuatu, mereka harus berusaha bersungguh-sungguh untuk meraihnya. Wang bukanlah perkara yang terpenting, akan tetapi tanggungjawab dan kemandirianlah yang harus mereka fahami. Berikan mereka imbalan untuk pekerjaan yang mereka lakukan, dan sebaliknya jika mereka tidak mengerjakan tugas.
4. Dengari mereka
Sebagai ibubapa, adalah tugas anda untuk mendengar dan memahami apa yang anak anda inginkan. Sebaik mungkin jangan hakimi mereka, walaupun ketika mereka bertengkar atau tidak menghormati anda.Cubalah untuk memahami kata-kata yang mereka ingin sampaikan, kerana kemungkinan besar mereka sedang mengharapkan bantuan anda.
5. Jelaskan posisi anda
Dengan membiarkan mereka tahu alasan atas keputusan-keputusan yang anda ambil, anda sedang membantu anak anda untuk menjadi pengambil keputusan yang baik untuk diri mereka sendiri. Jika anda ingin anak-anak berada di rumah pada waktu tertentu, beritahu mereka bahawa anda berbuat demikian kerana anda khuatir akan keselamatan mereka. Walaupun ketika itu mereka tidak setuju dengan keputusan anda, mereka akan menerimanya ketika mereka dewasa nanti.
6. Selalu ada untuk mereka
Hal yang paling penting dalam menjadi ibubapa yang baik adalah membuat anak-anak faham bahawa anda selalu ada untuk mereka.Memberikan sokongan, galakan dan memberitahu mereka bahawa anda selalu berada di sisi mereka sangatlah penting untuk perkembangan anak-anak.
7. Ikutilah perkembangan mereka
Mengetahui jenis hobi yang mereka sukai, memahami aktiviti yang mereka lakukan, dan mengetahui nama-nama rakan mereka adalah tanggungjawab anda.
8. Fleksibel
Memang penting untuk menetapkan peraturan, namun perlu ada pengecualian dan ada kalanya anda harus melonggarkan peraturan yang sudah dibuat dan dipersetujui bersama.
9. Memiliki kelapangan yang sama
Memiliki masa lapang bersama anak-anak menunjukkan anda memahami dan menghargai mereka.Anda dapat belajar bersama dan berkongsi pengalaman dengan mereka.Anda harus memiliki jalinkait dengan anak-anak, dan bukannya bertengkar mengenai hal-hal remeh seperti siapa yang perlu menutup pintu pagar.

10. Tetaplah bicara meski tidak didengari
Anda mungkin tidak tahu, tapi minda anak remaja sebenarnya memproses dan mendengarapa yang ibubapa mereka katakan. Meskipun ada kala anak-anak bertengkar dengan anda, ide-ide yang anda berikan mengakar dengan baik dalam fikiran mereka.Anak-anak mungkin memberikan respon yang pasif atasapa yang anda katakan, tapi itu bukanlah isunya, yang penting nasihat yang diberikan terkesan di minda mereka. Jadi, jangan jemu memberi kata-kata perangsang kepada mereka, bukan membebel ya!

Ibu Memujuk Anak Menangis

kredit gambar: http://www.disneybaby.com

Google Tag Search Result: